Cari @ Amanz

Beberapa syarikat bas tempatan telah sedia menawarkan sokongan untuk membeli tiket bas ekspress melalui laman web. Namun, ia mungkin agak sukar untuk anda mencari tiket bas untuk sesuatu hari daripada pelbagai penyedia. Untuk mengatasinya, CatchThatBus hadir dengan perkhidmatan mereka.

CatchThatBus

CatchThatBus buat masa ini mengatakan mereka menyokong Kuala Lumpur, Melaka, Singapura, dan juga Ipoh. Walaubagaimanapun, daripada percubaan kami menggunakan laman mereka, kami gagal membuat sebarang tempahan melaluinya, berkemungkinan sama ada kerana tiket yang dicari kami telah habis dijual ataupun laman tersebut masih belum bersedia sepenuhnya.

Menurut pembangunnya, mereka dalam proses untuk terus memperluaskan perkhidmatan mereka dan akan menambah lebih banyak destinasi dari masa ke semasa. Apa pun, daripada pandangan kami, ia merupakan salah satu idea yang menarik, apatah lagi memudahkan pengguna untuk membuat pembelian tiket bas terus melalui pelayar web. Mungkin pembangunnya boleh memberikan lebih perhatian dengan menambah lebih banyak syarikat bas dan memasarkan perkhidmatan mereka dengan lebih meluas dikalangan pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd