FIFA 14 Akan Datang Untuk Xbox 360, PS3 Dan PC

FIFA 14 Akan Datang Untuk Xbox 360, PS3 Dan PC

Diterbitkan pada Apr 17, 2013 oleh .

Dalam pelbagai permainan berciri akan sukan, salah satu yang popular adalah FIFA daripada Electronic Arts. Setelah dinantikan sejak beberapa minggu lepas, hari ini pihak EA secara rasminya telah berkongsi akan beberapa info baru berkenaan permainan terbaru FIFA mereka, iaitu FIFA 14.

Pada FIFA 14, pihak EA kelihatan terus memfokuskan kepada kawalan permainan dan juga bola, dan ingin menawarkan bentuk permainan bola sepak yang lebih realistik berbanding sebelum ini. Pihak EA juga turut mengatakan mereka akan memberikan perhatian kepada sokongan sosial, serta menambah-baik permainan dalam bentuk multiplayer

Daripada apa yang diketahui, permainan ini telah sah akan diperkenalkan untuk pemain Xbox 360, PlayStation 3 dan juga PC. Mungkin lebih banyak sokongan konsol permainan akan diumumkan kelak apabila pihak EA telah bersedia.


TIPS & ULASAN