GridMarkets Memenangi Echelon Malaysia Satellite 2013

GridMarkets Memenangi Echelon Malaysia Satellite 2013

Diterbitkan pada Apr 17, 2013 oleh .

Salah satu acara tahunan yang diadakan di Singapura adalah Echelon yang mana mengumpulkan pelbagai startup daripada rantau Asia, dan sebagai acara saringan awal, mereka telah mengadakan pitching dikalangan startup di Malaysia hari ini.

GridMarkets - Echelon

Lebih 17 syarikat tempatan memperlihatkan idea masing-masing dan bersaing dalam mendapatkan peluang untuk menyertai acara Echelon 2013 yang akan diadakan di Singapura pada bulan Jun kelak.

Daripada sebanyak 17 startup tempatan yang bersaing, para juri memilih GridMarkets sebagai pemenang, dan bakal bersaing dengan pelbagai startup lain seluruh Asia kelak.

GridMarkets

GridMarkets merupakan salah satu penghubung yang mana membolehkan institusi menjual kapasiti CPU berlebihan mereka kepada institusi yang memerlukan kapasiti berlebihan. Biasanya penggunaan ini diperlukan untuk beberapa jenis organisasi, dan salah satu yang popular adalah syarikat berkaitan animasi dan grafik yang memerlukan kapasiti CPU tambahan untuk tujuan rendering.

Kos yang tinggi sering membuatkan syarikat kecil untuk sukar membuat tugasan yang memerlukan kapasiti CPU berlebihan ini, dan perkara ini cuba diatasi oleh GridMarkets. GridMarkets membolehkan institusi yag tidak menggunakan kapasiti CPU mereka menjualnya kepada yang lain pada harga lebih murah, berbanding kepada penyedia biasa.

Selain GridMarkets, antara syarikat lain yang turut bertanding adalah termasuk ChopChop, RichMediaAds, Catch That Bus dan beberapa yang lain.


TIPS & ULASAN