Adobe Memperlihatkan Fungsi “Shake Reduction” Yang Bakal Hadir Ke Photoshop

Adobe Memperlihatkan Fungsi “Shake Reduction” Yang Bakal Hadir Ke Photoshop

Diterbitkan pada Apr 17, 2013 oleh .

Adobe PhotoshopDengan hadirnya tahun baru, semestinya ramai yang menantikan perkara baru yang akan dibawakan oleh Adobe melalui Creative Suite mereka. Sebagai usaha promosi awal dan menarik perhatian pengguna, kini Adobe mula memperlihatkan satu demi satu fungsi yang akan dibawakan mereka, bermula dengan “Shake Reduction” untuk Photoshop.

Melalui fungsi ini, ia membolehkan gambar yang dirakam tetapi kabur untuk dijelaskan kembali dengan mudah. Ramai yang tidak menyukai apabila gambar yang dirakamkan kabur ataupun kamera bergegar ketika dirakamkan. Melalui fungsi ini, ia membolehkan pengguna memilih kawasan yang ingin dibetulkan, dan kemudian memilih tetapan terbina pada Photoshop.

Dengan Adobe yang telah mula memperlihatkan fungsi baru pada Creative Suite mereka ini, mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak fungsi-fungsi baru dipertontonkan mereka pada minggu-minggu akan datang.

Sementara itu, apa kata anda mengenai fungsi ini? Adakah ia berguna ataupun anda lebih gemarkan perisian alternatif seperti Deblur dan sebagainya.


TIPS & ULASAN