TM Menawarkan Semua Saluran HyppTV Secara Percuma Selama 7 Hari Bermula Hari Ini

TM Menawarkan Semua Saluran HyppTV Secara Percuma Selama 7 Hari Bermula Hari Ini

Diterbitkan pada Apr 18, 2013 oleh .

Bermula hari ini, Telekom Malaysia melalui perkhidmatan IPTV mereka menawarkan semua saluran di HyppTV secara percuma selama seminggu, bersempena dengan kemenangan mereka di TV Connect Industry Awards 2013.

Selain daripada itu, TM juga turut sama menawarkan 10 filem VOD secara percuma, membolehkan pengguna menikmati beberapa filem menarik terus melalui perkhidmatan IPTV daripada TM ini.

TM - HyppTV Percuma

HyppTV merupakan salah satu perkhidmatan tambahan yang ditawarkan oleh Telekom Malaysia, dimana disertakan bersama-sama dengan langganan UniFi untuk pengguna rumah. Beberapa saluran adalah berbayar, selain filem VOD yang dikenakan caj oleh pihak TM. Namun, sebagai usaha menghargai pelanggan, sepanjang minggu ini (18 April hingga 24 April), Telekom Malaysia menawarkannya secara percuma, sekaligus membolehkan pengguna menikmati perkhidmatan HyppTV dengan lebih baik berbanding tawaran kandungan biasa.

Jadi, bagi anda yang menggunakan HyppTV, mungkin boleh mengakses kandungan yang diminati anda, dan menonton sehingga 10 filem secara percuma melaluinya.


TIPS & ULASAN