Beberapa ura-ura dan desas-desus telah kedengaran sebelum ini mengatakan Nokia bakal hadir dengan peranti menggunakan kerangka aluminium dengan spesifikasi tinggi pada tahun ini, dan kini gambar yang dikatakan sebagai peranti Nokia “Catwalk” ini mula kelihatan di arena web.
Daripada info-info yang tertiris ke arena web sebelum ini, peranti berasaskan Windows Phone ini dijangka akan menyertakan skrin bersaiz 4.5-inci octaOLED, cip pemprosesan dwi-teras 1.5Ghz, ruangan storan 16GB, bateri berkapasiti 2000mAh dan juga kamera 8.7MP OIS.
Daripada gambar yang kelihatan ia menunjukkan peranti ini bakal menyertakan sokongan slot mikro-SD dan pengecasan tanpa wayar melaluinya. Dan salah satu perkara yagn menarik perhatian adalah bahagian kameranya yang kelihatan sedikit tertimbul, memberikan idea teknologi PureView akan turut disertakan bersama dengannya.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Nokia akan mengumumkan peranti yang dinantikan ramai ini.