Cari @ Amanz

Amazon AppStoreSemalam pihak Amazon telah mengatakan mereka akan memperluaskan Amazon AppStore mereka kepada pengguna Android dilebih 200 buah negara. Namun, amat mendukacitakan apabila kini daripada senarai penuh yang diterbitkan mereka, Malaysia tidak termasuk didalamnya.

Amazon AppStore merupakan salah satu kedai aplikasi untuk pengguna Android, menawarkan pelbagai pilihan aplikasi, disamping membolehkan pembangun menawarkan aplikasi mereka secara berbayar ataupun percuma melaluinya.

Daripada senarai penuh yang dikeluarkan, beberapa negara di rantau ini tidak tersenarai, dimana selain Malaysia, Indonesia juga tidak terdapat didalamnya. Sebab disebaliknya tidak diketahui buat masa ini, dan mungkin kita perlu nantikan untuk suatu masa yang lebih lama sebelum mendapatnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd