Dengan MacBook Pro dan juga ChromeBook Pixel yang membawakan skrin dengan paparan resolusi tinggi, pihak Toshiba tidak ingin ketinggalan sama, dimana kini memperkenalkan Toshiba Kirabook dengan resolusi 2560×1440 pixel dan dijana mengguna sistem operasi Windows.
Komputer riba Kirabook ini didatangkan dalam dua variasi, dimana versi asas menggunakan cip pemprosesan Intel Ivy Bridge i5, ruangan storan sebesar 256GB, memori sebanyak 8GB RAM, skrin bersaiz 13-inci, dan juga papan kekunci dengan backlit. Versi i7 pula didatangkan dengan sokongan lebih kurang sama, tetapi disertakan dengan skrin sentuh.
Walaupun dari segi harga ia boleh dikatakan agak tinggi untuk pengguna biasa, tetapi mereka yang bekerja dalam industri kreatif, seperti penyuntingan video, gambar ataupun pembangunan web, mungkin komputer riba ini salah satu pilihan untuk mereka.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah komputer riba ini akan hadir ke Malaysia. Mungkin dengan pengenalan komputer riba Toshiba ini, kita akan dapat melihat lebih banyak komputer riba dengan paparan skrin resolusi tinggi menggunakan Windows hadir ke pasaran.