Microsoft sejak memperkenalkan emel Outlook.com pada tahun lepas, telah mendapat perhatian ramai pengguna seluruh dunia yang berlumba untuk mendapatkan alamat emel mereka, dan kini Microsoft memperluaskan penggunaannya dengan menawarkan lebih 32 alamat dengan domain antarabangsa, termasuk Malaysia.
Dengan menawarkanya alamat dengan akhiran @outlook.my ini, ia membolehkan pengguna hadir dengan identiti berasaskan negara Malaysia ketika menghantar dan menerima emel.
Pengenalan ini dikatakan oleh Microsoft adalah secara berperingkat, dan penggunaan alamat emel baru berasaskan negara ini akan diperkenalkan dan dibuka untuk pendaftaran dalam masa beberapa hari lagi.