Maxis Memperkenalkan Hotlink Dengan Fokus Khas Untuk Media Sosial

Maxis Memperkenalkan Hotlink Dengan Fokus Khas Untuk Media Sosial

Diterbitkan pada Apr 18, 2013 oleh .

Hari demi hari, lebih ramai pengguna Malaysia yang aktif menggunakan perkhidmatan sosial, dan mengambil peluang daripadanya, hari ini Maxis memperkenalkan pakej khas untuk pengguna Hotlink dengan memfokuskan kepada tiga perkhidmatan sosial utama.

Maxis - Hotlink Social Edition

Melalui pakej Hotlink edisi sosial ni, Maxis menawarkan tiga perkhidmatan utama – Facebook, Twitter dan juga WhatsApp – dengan akses tanpa had untuknya. Untuk menjayakan pakej baru ini, Maxis turut sama menawarkan SIM khas untuk pengguna baru, dibawah jenama Hotlink Social Edition.

SIM baru ini ditawarkan pada harga RM10, dimana melaluinya pengguna akan mendapat akses tanpa had untuk Facebook, Twitter dan juga WhatsApp, panggilan dan SMS bernilai RM5 untuk semua talian, dan juga penggunaan data sehingga 50MB untuk pelayaran web. Semua ini didatangkan dengan masa penggunaan selama 5 hari.

Adakah ia berbaloi?Bagi pengguna Hotlink sedia ada pula, mereka boleh mendapatkan Hotlink Social Edition Hot Ticket, dimana turut ditawarkan pada harga RM10. Melaluinya, pengguna akan mendapat akses tanpa had ke Facebook, Twitter dan WhatsApp, panggilan bernilai RM7 untuk semua talian, penggunaan data sehingga 100MB, dan juga penggunaan data sehingga 1GB antara pukul 2 pagi hingga 7 pagi. Pakej ini juga didatangkan dengan masa penggunaan selama 5 hari seperti pakej untuk pengguna baru.

Maxis turut menekankan yang mana perkhidmatan akses percuma melalui pakej ini hanya terhad untuk penggunaan melalui aplikasi Facebook (Java), ataupun melalui pelayar web mudah-alih menggunakan URL m.facebook.com, m.twitter.com dan juga pic.twitter.com.


TIPS & ULASAN