Cut The Rope : Time Travel Sedia Untuk Dimuat-Turun Oleh Pengguna Android Dan iOS

Cut The Rope : Time Travel Sedia Untuk Dimuat-Turun Oleh Pengguna Android Dan iOS

Diterbitkan pada Apr 18, 2013 oleh .

Salah satu permainan popular dikalangan pengguna mudah-alih adalah Cut The Rope, dan hari ini, ZeptoLab telah pun melancarkan versi terbarunya untuk para pengguna Android dan iOS, dinamakan sebagai Cut The Rope : Time Travel.

Cut The Rope : Time Travel

Berbeza dengan versi sebelum ini, melalui Cut The Rope Time Travel, ia memerlukan para pengguna untuk mengawal dua watak comel, berbanding hanya satu sebelum ini. Dari latar permainan, sebanyak enam lokasi disediakan oleh pihak Cut The Rope, menjadikan permainan ini lebih menarik lagi.

Bagi mereka yang inginkan suatu permainan berbentuk kasual ketika kebosanan, mungkin boleh memuat-turun permainan ini secara percuma pada Android, dan pada harga $0.99 pada iOS.

Muat-Turun Cut The Rope : Time Travel untuk iOS ($0.99)


Muat-Turun Cut The Rope : Time Travel untuk Android (Percuma)


TIPS & ULASAN