Sah! – Microsoft Surface RT Di Malaysia Pada 25 April 2013

Sah! – Microsoft Surface RT Di Malaysia Pada 25 April 2013

Diterbitkan pada Apr 18, 2013 oleh .
Spesifikasi Surface RT
Sistem Operasi Windows RT
Skrin 10.6-inci ClearType HD (1366×768 pixel)
Storan 32GB/64GB. Sokongan mikroSD dan USB 2.0
CPU NVIDIA Tegra 3 empat-teras.
Memori 2GB RAM
Kamera 2 kamera depan belakang HD 720p LifeCams

Setelah dinantikan sekian lama oleh para pengguna tempatan, hari ini Microsoft Malaysia secara rasminya mengumumkan yang mana Surface RT akan mula ditawarkan oleh Microsoft untuk pasaran Malaysia bermula minggu hadapan – 25 April 2013.

Surface RT merupakan salah satu komputer tablet daripada Microsoft yang mana dijana menggunakan sistem operasi Windows RT.

Buat masa ini, harga pelancarannya tidak diumumkan lagi. Namun, bersempena dengan pelancarannya di Publika Kuala Lumpur minggu hadapan, Microsoft memberikan giveaway bernilai RM300 kepada 300 pelanggan pertama. Surface RT juga akan ditawarkan melalui Challenger Malaysia, Harvey Norman dan juga Thunder Match Technology selepas pelancarannya kelak.

Harga jualan Surface RT masih tidak diumumkan oleh pihak Microsoft buat masa ini, dan akan diketahui pada minggu hadapan.

Jadi, adakah anda akan mendapatkannya?

Baca : Pandang Pertama – Surface RT


TIPS & ULASAN