Carian
Twitter Mengumumkan Twitter Music Secara Rasminya
April 19, 2013 Aman

Twitter MusicTwitter #Music telah diperkatakan sejak beberapa minggu yang lepas, dan hari ini, penyedia perkhidmatan sosial tersebut secara rasminya mengumumkan berkenaan dengan Twitter #Music. Namun agak mendukacitakan memandangkan perkhidmatan tersebut masih belum boleh digunakan oleh pengguna tempatan buat masa ini.

Twitter Music membolehkan pengguna mengetahui apakah artis-artis dan lagu yang sedang popular di Twitter, disamping pengguna boleh mengikuti pelbagai artis dan sebagainya terus melalui perkhidmatan tersebut. Perkhidmatan ini juga membolehkan pengguna memainkan lagu terus, dengan menarik kandungan daripada iTunes, Spotify, dan Rdio. Sebagai contoh, sekiranya pengguna sedia melanggan perkhidmatan seperti Spotify, maka mereka boleh log masuk ke akaun mereka, dan mendengar muzik penuh melaluinya.

Twitter Music disediakan dalam versi web dan juga aplikasi iPhone buat masa ini. Namun, pihak Twitter mengatakan ia akan diperluaskan ke Android tidak lama lagi.

Twitter Music

Dari segi negarai yang disokong, Twitter Music hanya diperkenalkan untuk Amerika Syarikat, Kanada, UK, Ireland, Australia dan juga New Zealand buat masa ini. Mungkin ia akan diperluaskan kepada lebih banyak negara dalam beberapa bulan lagi.

Komen