Selepas DiGi yang memulakan pendaftaran minat sebelum ini, kini nampaknya pihak UMobile turut sama tidak ingin ketinggalan, dan turut sama telah memulakan pendaftaran minat untuk peranti terbaru daripada Samsung, iaitu Samsung Galaxy S4.
Seperti biasa, tiada pelan mahupun harga yang didedahkan oleh UMobile buat masa ini. Namun, daripada permulaan pihak DiGi dan juga UMobile untuk pendaftaran minat, ia sekaligus memberikan petanda yang mana Samsung Malaysia mungkin akan melancarkan peranti ini untuk pasaran tempatan pada bulan ini.
Samsung Galaxy S4 telah dilancarkan oleh Samsung pada bulan lepas, membawakan pelbagai fungsi baru bersama-sama dengannya, disamping menyertakan kemaskini spesifikasi dengan rekabentuk yang lebih kurang sama dengan Galaxy S3.
Selain daripada DiGi dan juga UMobile, mungkin kita juga akan dapat melihat pihak Maxis dan Celcom menawarkan peranti ini bersama-sama pakej mereka.
Bagi mereka yang berminat, boleh membuat pendaftaran minat dihalaman UMobile hari ini, dan ketahui daripada UMobile sendiri apabila peranti tersebut mula ditawarkan mereka.