Cari @ Amanz

Desas-desus mengenai iPhone pada harga bajet bukanlah sesuatu yang baru. Menariknya, setelah diperkatakan ia akan menggunakan kerangka berasaskan plastik sebelum ini, kini sebuah gambar hadir dengan memperlihatkan kerangka luar yang diperkatakan sebagai iPhone bajet yang akan diperkenalkan oleh pihak Apple tidak lama lagi.

iPhone Bajet

Daripada apa yang diperlihatkan, ia membawakan rekaan kerangka berasaskan polikarbonat, dan dikatakan akan menyertakan skrin bersaiz 3.5-inci dengan cip pemprosesan Apple A5. Telefon pintar ini juga dikatakan akan menyertakan kamera 5-megapixel seumpama iPhone 4 sebelum ini.

Mengikut pelbagai laporan sebelum ini, Apple dikatakan akan memperkenalkan iPhone bajet dengan spesifikasi rendah ini bersama-sama pengenalan iPhone 5S kelak pada tahun ini.

Apa pun, seperti biasa, ini hanya sekadar ura-ura dan desas-desus awal sahaja. Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh Apple kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd