Cari @ Amanz

Google PlusUntuk pengguna platform menulis blog daripada Google, iaitu Blogger – terdapat beberapa pilihan platform komen untuk mereka, dan hari ini, Google turut sama menambahnya dengan sokongan Google+ Comments untuk Blogger.

Melalui penggunaan Google+ Comments, ia sekaligus membolehkan pengguna untuk dengan lebih mudah melihat komen-komen blog dan juga Google+ pada satu tempat. Sebagai contoh, sekiranya ada pengguna yang berkongsi artikel anda di Google+ dan membincangkan mengenainya, komen tersebut turut sama akan diperlihatkan pada blog anda.

Pada masa yang sama, pembaca juga turut diberikan lebih banyak pilihan, sama ada ingin meninggalkan komen secara terbuka, atau hanya tujukan ia kepada rakan-rakan mereka dalam Google+ Circles sahaja.

Perkara ini sekaligus membolehkan pengguna dan pembaca diberikan lebih pilihan ke atas komen mereka. Selain itu, ia juga kelihatan pihak Google sendiri cuba bersaing dengan perkhidmatan daripada Facebook, yang mana Facebook Comments yang boleh digunakan pada laman web dan blog.

Untuk mereka yang ingin mengaktifkannya, anda hanya perlu ke bahagian Blogger Dashboard, dan kemudian pada tab Google+, klik pada “Use Google+ Comments”.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd