Microsoft Mengesahkan Perancangan Untuk Memperkenalkan Peranti Windows 8 Ke Saiz Skrin Lebih Kecil

Microsoft Mengesahkan Perancangan Untuk Memperkenalkan Peranti Windows 8 Ke Saiz Skrin Lebih Kecil

Diterbitkan pada Apr 19, 2013 oleh .

Windows 8 buat masa ini boleh dikatakan hanya dioptimasikan untuk skrin bersaiz 11-inci ke atas sahaja, dan nampaknya pihak Microsoft kini merancang untuk membawa dan memperkenalkan sistem operasi mereka itu untuk saiz skrin yang lebih kecil lagi.

Perkara ini disahkan oleh CFO Microsoft ketika berkongsi mengenai pendapatan tahunan mereka untuk suku ketiga 2013 yang lepas.

Ura-ura mengenai Windows 8 yang dioptimasikan untuk skrin bersaiz 7-inci telah kedengaran sejak beberapa bulan lepas, dan dikatakan akan diperkenalkan oleh Microsoft melalui Windows Blue kelak.

Daripada apa yang diperlihatkan pada Windows Blue sebelum ini, beberapa fungsi hadir memperlihatkan ia dioptimasikan untuk skrin kecil, termasuk fungsi mengecilkan saiz Tiles dan juga kebolehan untuk menggunakan aplikasi dengan membahagikan skrin kepada dua bahagian.


TIPS & ULASAN