Maxis Mula Mempromosikan Galaxy S4 – Mengatakan Ia Akan Datang

Maxis Mula Mempromosikan Galaxy S4 – Mengatakan Ia Akan Datang

Diterbitkan pada Apr 19, 2013 oleh .

Selain UMobile dan juga DiGi yang telah sedia memulakan pendaftaran minat untuk Samsung Galaxy S4, kini pihak Maxis turut sama menyenaraikan Samsung Galaxy S4, memperlihatkan ia akan datang melalui pakej mereka tidak lama lagi.

Samsung Galaxy S4 - Maxis

Walaubagaimanapun, Maxis masih belum memulakan sebarang pra-tempahan atau pendaftaran minat buat masa ini. Samsung Galaxy S4 telah dilancarkan pada bulan Mac yang lepas, dimana membawakan beberapa kemaskini dari segi spesifikasi dan juga rekabentuk berbanding versi sebelumnya.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bilakah Samsung Galaxy S4 akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia. Tetapi dengan semua syarikat telekomunikasi yang mula mengambil pendaftaran minat dan mempromosikannya, mungkin kita akan dapat mendengar lebih lanjut mengenainya dalam seminggu dua lagi.


TIPS & ULASAN