Larry Page : Google Glass Menjalankan Sistem Operasi Android

Larry Page : Google Glass Menjalankan Sistem Operasi Android

Diterbitkan pada Apr 19, 2013 oleh .

Google Glass telah menarik minat ramai pengguna seluruh dunia sejak ia diumumkan pada tahun lepas, dan semestinya salah satu perkara yang tertanya-tanya oleh ramai pengguna adalah apakah sistem operasi disebaliknya. Persoalan tersebut akhirnya terjawab hari ini apabila Larry Page mengatakan ia berjalan atas Android, sekaligus memperlihatkan Android sesuai pada pelbagai peranti.

Google Glass - Larry Page

Perkara ini walaupun tidak memberikan kesan yang begitu meluas kepada pengguna, tetapi untuk pembangun perkara ini semestinya adalah salah satu perkara yang mengembirakan, apatah lagi mereka tidak perlu mempelajari sistem baru untuk membangunkan aplikasi untuknya.

Selain daripada pada telefon pintar dan juga kamera, Android juga sebelum ini telah sedia digunakan pada pemain media, dan turut dikatakan jam tangan pintar berasaskannya akan hadir tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN