The Star Memperkenalkan Accelerator Fund – Ingin Membantu Usahawan Teknologi Tempatan

The Star Memperkenalkan Accelerator Fund – Ingin Membantu Usahawan Teknologi Tempatan

Diterbitkan pada Apr 19, 2013 oleh .

Dengan arena teknologi dan digital yang semakin meningkat naik dari hari ke hari, kini nampaknya, The Star ingin membantu para usahawan teknologi tempatan, dengan menyediakan sebuah dana khas, dinamakan sebagai “Accelerator Fund“. Melaluinya mereka menyediakan dana berjumlah RM20 juta dalam membantu para usahawan tempatan dengan merealisasikan idea mereka, dan menyumbang kepada industri tempatan.

The Star Accelerator Fund

Dana “The Star Accelerator Fund” ini meliputi dua tahap, iaitu Pre-Seed (untuk tujuan pembangunan idea) dan juga Seed Financing untuk pembangunan dan pemasaran produk. The Star menawarkan dana dengan pertukaran kepada sedikit pegangan ekuiti dalam sesuatu syarikat yang menerimanya.

Untuk peringkat Pre Seed, The Star menawarkan dana sehingga RM300,000 manakala untuk peringkat Seed Financing ula ia menawarkan dana sehingga RM1 juta.

Memandangkan The Star sedia terkenal dengan media cetak dan atas-talian mereka, maka mungkin juga kita akan dapat lihat bantuan pihak mereka dalam memasarkan sesuatu produk dibawah The Star Accelerator Fund, sekaligus memudahkan lagi sesuatu startup memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.

Bagi usahawan internet atau mereka yang mempunyai idea, anda mungkin boleh menyemak laman Accelerator Fund hari ini, dan memuat-turun borang permohonan melaluinya.


TIPS & ULASAN