Cip | 1.7GHz (empat-teras) |
Kamera Utama | 4 UltraPixel |
Kamera Hadapan | 2.1 Megapixel |
Storan Terbina | 32 / 64 Gigabyte |
RAM | 2 Gigabyte |
Skrin | 4.7-inci |
Bateri | 2300 mAh |
HTC One merupakan salah satu telefon pintar yang dinantikan ramai pengguna tempatan, dan setelah membuat pelancaran di Asia Pasifik pada beberapa bulan lepas, kini pihak HTC Malaysia dalam persiapan akhir untuk pelancaran HTC One di Malaysia.
Untuk makluman, buat masa ini, pihak DiGi telah pun mula mengambil pra-tempahan untuknya, disamping pihak SenQ juga turut sama bakal menawarkannya dan mula menjualnya bermula 5 Mei kelak. Pihak Maxis juga dijangka akan menawarkan peranti ini melalui pakej khas mereka.
HTC One akan dijual pada harga RM2299 di Malaysia, dan pelancaran rasminya dijangka akan dibuat di Malaysia pada minggu hadapan, 25 April 2013.