Cari @ Amanz

Nokia pada tahun ini dikatakan akan hadir dengan beberapa peranti menarik menggunakan Windows Phone, dan salah satu ura-ura baru yang kedengaran adalah dimana ia dikatakan gergasi dari Finland itu akan hadir dengan salah satu phablet berasaskan Windows Phone tidak lama lagi.

Peranti tersebut kelak dikatakan akan membawakan skrin bersaiz lebih kurang 5-inci, dah kekal menggunakan penjenamaan Lumia. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat penuh yang diketahui mengenai peranti tersebut buat masa ini.

Peranti dengan skrin bersaiz 5-inci telah hadir daripada beberapa pengeluar seperti Dell, Samsung, ZTE, LG dan sebagainya, dimana pada tahun ini juga ramai pengeluar hadir dengan peranti menggunakan skrin bersaiz 5-inci.

Selain phablet yang diperkatakan ini, Nokia juga sebelum ini diura-ura akan hadir dengan sebuah peranti Lumia menggunakan cip pemprosesan empat-teras dan juga kamera dengan sensor sebesar 41-megapixel.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd