Cari @ Amanz

Dengan pihak Celcom yang kini menyenaraikan Samsung Galaxy S4 akan datang melalui pakej dan pelan mereka, ia kini sekaligus menjadikan kesemua syarikat telekomunikasi utama akan menawarkannya, iaitu, Maxis, DiGi, UMobile dan juga Celcom.

Celcom - Samsung Galaxy S4

Celcom mengatakan ia akan menawarkan versi yang menggunakan cip pemprosesan Exynos 5 Octa 1.6Ghz, yang mana membawakan gabungan cip pemprosesan empat teras dan juga dwi-teras. Samsung Galaxy S4 turut sama dilengkapi dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel dan juga slot untuk mikro-SD.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Samsung Malaysia akan melancarkannya di pasaran Malaysia. Namun, dengan semua syarikat telekomunikasi utama yang telah mula mempromosikannya, mungkin kita akan melihatnya tidak lama lagi untuk pasaran tempatan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd