TweetDeck Untuk Android Dan iOS Akan Dimatikan Pada 7 Mei

TweetDeck Untuk Android Dan iOS Akan Dimatikan Pada 7 Mei

Diterbitkan pada Apr 20, 2013 oleh .

Pihak Twitter telah mengumumkan mereka akan mematikan sokongan TweetDeck untuk Android dan juga iPhone pada bulan Mac yang lepas, dan hari ini, mereka telah pun memberikan tarikh untuknya, mengatakan aplikasi tersebut untuk pengguna Android dan juga iPhone akan dihentikan operasinya pada 7 Mei kelak.

Selain daripada TweetDeck Android dan juga TweetDeck iPhone, sokongan untuk TweetDeck AIR juga akan dimatikan pada tarikh yang sama.

Walaubagaimanapun, aplikasi TweetDeck untuk Mac, PC dan juga versi Web akan beroperasi tanpa sebarang masalah, dan akan menerima beberapa kemaskini untuknya.

Berkemungkinan aplikasi untuk peranti mudah-alih daripada TweetDeck dihentikan oleh pihak Twitter dalam usaha memberikan pengalaman penggunaan yang selari diantara pengguna peranti mudah-alih mereka.

Buat masa ini, pihak Twitter sedia menyediakan aplikasi mudah-alih untuk pelbagai platform, dan mungkin penghentian TweetDeck untuk Android dan iOS ini tidak memberikan kesan yang besar kepada pengguna.


TIPS & ULASAN