Twitter Akan Mematikan Sokongan Melayari Web Twitter Menggunakan IE6 Dan IE7

Twitter Akan Mematikan Sokongan Melayari Web Twitter Menggunakan IE6 Dan IE7

Diterbitkan pada Apr 20, 2013 oleh .

Twitter MusicBagi pembangun web, mengoptimasikan web untuk para pengguna Internet Explorer 6 dan juga Internet Explorer 7 boleh dikatakan salah satu perkara yang sedikit memenatkan, apatah lagi dengan pelbagai teknologi web baru yang tidak disokong pada pelayar web berkenaan. Perkara ini membuatkan beberapa pembangun menghentikan sokongan untuknya, dan terkini Twitter turut mengumumkan perkara sama.

Bermula daripada 13 Mei 2013 kelak, Twitter tidak lagi akan menyokong versi web mereka untuk pengguna Internet Explorer 6 dan juga Internet Explorer 7. Dengan ini juga, ia sekaligus membuatkan semua sokongan Twitter, seperti butang tweet, follow dan sebagainya turut sama tidak akan berfungsi pada pelayar web IE6, manakala untuk IE7 akan disokong dengan terhad.

Kedua-dua pelayar web ini boleh dikatakan telah berkurang penggunaannya dari hari ke hari, apatah lagi dengan pihak Microsoft sendiri meminta pengguna beralih ke Internet Explorer versi terkini.


TIPS & ULASAN