Feedly Reader Membawakan Antaramuka Seumpama Google Reader Pada Feedly

Feedly Reader Membawakan Antaramuka Seumpama Google Reader Pada Feedly

Diterbitkan pada Apr 20, 2013 oleh .

FeedlySejak Google mengumumkan akan menghentikan perkhidmatan Google Reader, salah satu perkhidmatan yang menerima kesan positif daripadanya adalah Feedly. Namun, mungkin ramai yang tidak selesa dengan antaramukanya dan ingin akan sesuatu rekabentuk menyerupai Google Reader.

Untuk pengguna yang inginkan rekabentuk seumpamanya, salah satu Chrome Extension yang agak berguna adalah Feedly Reader. Sebaik sahaja anda memasangnya, apabila anda mengakses Feedly pada dekstop, ia kelak akan memaparkan Feedly dengan rekaan dan tema warna seumpama Google Reader. Setiap halaman yang diakses juga diubah dengan paparan yang lebih kurang sama, serta mengakses fungsi-fungsi Feedly melaluinya.

Feedly Reader

Feedly Reader

Bagi pengguna Feedly atau mereka yang inginkan perkhidmatan seumpama Google Reader, mungkin boleh mencuba Feedly Reader hari in pada pelayar web Chrome anda.

Muat-Turun Feedly Reader untuk Chrome


TIPS & ULASAN