Cari @ Amanz

Dengan ramai yang menggunakan telefon pintar pada hari ini, salah satu bentuk kelainan yang hadir pada peranti seseorang pengguna boleh dikatakan adalah dari segi gambar latar, bunyi peranti dan sebagainya. Untuk memudahkannya, salah satu aplikasi yang boleh dikatakan berguna adalah Mobile9.

Mobile9 merupakan salah satu aplikasi yang memudahkan pengguna untuk mendapatkan pelbagai kandungan menarik untuk peranti mereka. Selain daripada aplikasi mudah-alih dan permainan, ia juga turut sama menyertakan tema latar, nada dering, gambar menarik, video, mesej, logo, dan pelbagai bentuk kandungan lain yang dioptimasikan untuk skrin peranti mudah-alih.

Menawarkan kandungan percuma untuk pengguna seluruh dunia.Mobile9 telah dimulakan pada tahun 2003, dan menyediakan kandungan bukan sahaja untuk peranti Android dan iOS, tetapi juga untuk peranti S40, dan pelbagai platform lain. Mobile9 mengatakan aplikasi mereka sedia digunakan oleh lebih 40 juta pengguna seluruh dunia, dengan pelbagai kandungan baru ditambah ke platform mereka dari hari ke hari.

Secara purata, lebih kurang 170 juta kandungan dimuat-turun setiap bulan, menjadikan Mobile9 sebagai salah satu penyedia kandungan mudah-alih popular dikalangan pengguna seluruh dunia. Walaupun Mobile9 adalah syarikat dari Malaysia, namun angka penggunannya adalah paling tinggi di Amerika Syarikat, India dan juga Indonesia.

Mobile9 juga baru-baru ini telah menambah sokongan untuk memuat-turun manga dan juga komik melalui aplikasi mereka, dan turut mengatakan akan terus menambah pelbagai jenis bentuk kandungan baru dari masa ke semasa.

Bagi anda yang berminat dan ingin mendapatkan kandungan percuma untuk peranti mudah-alih anda, boleh ke laman Mobile9 ataupun memuat-turun aplikasi Mobile9 untuk peranti mudah-alih anda.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd