Malware Yang Dikenali Sebagai “BadNews” Ditemui Pada Beberapa Aplikasi Android

Malware Yang Dikenali Sebagai “BadNews” Ditemui Pada Beberapa Aplikasi Android

Diterbitkan pada Apr 21, 2013 oleh .

Android MalwareDengan Android yang semakin meningkat popular dari hari ke hari, ia juga telah menjadi salah satu sasaran untuk malware dan sebagainya. Kini, pihak Lookout berkongsi mengenai penemuan mereka, mengatakan sebanyak lebih 9 juta pengguna terjejas dengan sebuah malware baru, dikenali sebagai BadNews.

BadNews dikatakan hadir sebagai salah satu bentuk pengiklanan, dimana ia mampu untuk mengumpulkan beberapa maklumat peribadi, termasuk nombor telefon, maklumat peranti, disamping menghantar notifikasi kepada pengguna.

Sebanyak 32 aplikasi telah dikenal pasti buat masa ini, dan ia kelihatan telah pun dibuang daripada Google Play Store buat masa ini. Kebanyakkan aplikasi yang terjejas juga adalah dalam bahasa Rusia, dan hanya segelintir sahaja dalam bahasa Inggeris.

Walaupun anda tidak terjejas, mungkin boleh mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan aplikasi dan kandungan yang dimuat-turun hadir daripada sumber yang sah, dan tidak memuat-turun aplikasi yang diragui.


TIPS & ULASAN