Windows 8.1 Build 9374 Tertiris Ke Arena Web

Windows 8.1 Build 9374 Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Apr 21, 2013 oleh .

Windows Blue ataupun turut dikenali sebagai Windows 8.1 telah mula hadir dalam bentuk versi pembangunan yang tertiris ke arena web, dan paling terkini adalah Windows 8.1 Build 9374, sekaligus menjadikan ia versi pembangunan ketiga yang tertiris ke web.

Seperti biasa, beberapa laman web perkongsian menyediakan pautan muat-turunnya, namun memandangkan ia bukan versi akhir, maka beberapa fungsi masih tidak dapat digunakan sepenuhnya.

Selain daripada beberapa fungsi yang telah sedia diketahui sebelum ini, salah satu perkara baru yang ditemui pada Build 9374 ini adalah sokongan yang dinamakan sebagai “Kiosk Mode”, membolehkan pengguna memilih akaun pengguna dan menetapkan aplikasi yang ingin digunakan pada ia.

Sebaik sahaja tetapan dilakukan, hanya aplikasi tersebut sahaja yang boleh diakses, dengan mematikan pelbagai fungsi lain, termasuk Start Screen, sokongan Charm Bar dan sebagainya. Ia tidak diketahui lagi sama ada Microsoft akan menyertakan Desktop pada pilihan “Kiosk Mode” ini.

Microsoft dikatakan akan berkongsi info mengenai Windows 8.1 ini dalam masa beberapa bulan lagi, dan mungkin kita akan dapat melihat versi percubaan pertama daripada Microsoft tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN