Aplikasi Puzzle Alarm Clock Untuk Android Ingin Memastikan Anda Bangun Tepat Pada Waktunya

Aplikasi Puzzle Alarm Clock Untuk Android Ingin Memastikan Anda Bangun Tepat Pada Waktunya

Diterbitkan pada Apr 21, 2013 oleh .

Bagi mereka yang sukar untuk bangun pagi, terdapat beberapa aplikasi yang menyediakan sokongan alarm yang disertakan dengan penyelesaian masalah berbentuk matematik dan juga puzzle. Dalam pelbagai aplikasi yang terdapat di pasaran, salah satu yang terbaru kami temui adalah Puzzle Alarm Clock untuk Android.

Puzzle Alarm Clock

Puzzle Alarm Clock

Puzzle Alarm Clock untuk Android membawakan beberapa fungsi menarik melaluinya. Menggunakan aplikasi tersebut, seperti biasa, pengguna boleh tetapkan waktu untuk anda dikejutkan, dan seterusnya ia akan mengaktifkan alarm. Untuk mematikan sesuatu alarm, pengguna perlu terlebih dahulu menyelesaikan suatu puzzle yang dipaparkan secara rawak, daripada bentuk persoalan matematik, permainan memori, dan sebagainya.

Menariknya adalah dimana aplikasi ini turut sama mengintegrasikan sokongan Facebook. Sekiranya seseorang gagal untuk mematikan alarm mereka, aplikasi ini secara automatik akan mengemaskini status Facebook mereka. Namun memandangkan ia hanya sebuah pilihan tambahan, mungkin ramai yang tidak akan aktifkannya.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Puzzle Alarm Clock ini secara percuma daripada Google Play Store, dan menggunakan ia sebagai salah satu aplikasi untuk mengejutkan anda pada awal pagi.

Muat-Turun Aplikasi Puzzle Alarm Clock untuk Android


TIPS & ULASAN