Samsung Menguji Teknologi Peranti Yang Dikawal Menggunakan Otak

Samsung Menguji Teknologi Peranti Yang Dikawal Menggunakan Otak

Diterbitkan pada Apr 21, 2013 oleh .

Professor XNampaknya dunia teknologi dalam tahun-tahun akan datang akan terus meriah, dimana selain daripada kereta yang dipandu automatik, kaca mata pintar, dan jam tangan pintar, kini Samsung pula kelihatan menguji sokongan kawalan peranti melalui aktiviti otak.

Samsung sendiri sebelum ini pada peranti mereka telah memfokuskan kepada mengawal peranti menggunakan kedudukan mata, dan kini mereka kelihatan melangkah setapak kehadapan melalui ujian baru mereka ini.

Untuk mengkaji sokongan seumpamanya, Samsung bekerjasama dengan salah seorang pembantu professor di UT Dallas, sekaligus memperlihatkan bagaimana pengguna boleh menggunakan pemikiran dan aktiviti pada otak dalam mengawal sesuatu perkara, seperti melancarkan aplikasi, memilih lagu dan sebagainya.

Daripada apa yang kelihatan, ia masih lagi pada peringkat awal pembangunan, dan mungkin ia akan mengambil sedikit masa sebelum sedia digunakan oleh pengguna biasa.

Apa pun, apa kata anda berkenaan dengan teknologi ini? Adakah ia akan lebih luas digunakan, ataupun hanya akan menjadi salah satu fungsi yang jarang digunakan seumpama kawalan suara dan lain-lain?


TIPS & ULASAN