Cari @ Amanz

Walaupun perlembagaan persekutuan ditekankan dalam berita dan sebagainya, masih ramai yang tidak mengetahui sepenuhnya berkenaan dengan Perlembagaan Persekutuan. Untuk membantu rakyat memahami dengan lebih lanjut mengenainya, salah satu aplikasi percuma untuk iOS yang diperkenalkan baru-baru ini adalah MyConstitution.

Aplikasi MyConstitution

Melalui aplikasi ini, sebanyak 9 buku digital kecil disediakan, membolehkan pengguna memahami ia dengan pantas mengikut topik-topik pilihan. Disamping itu beberapa video turut disediakan dalam membantu mendidik rakyat.

Setiap buku digital yang disediakan didatangkan dalam pilihan dwi-bahasa, iaitu Bahasa Malaysia dan juga bahasa Inggeris. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada aplikasi ini akan ditawarkan dalam bentuk aplikasi Android ataupun tidak.

Bagi pengguna iOS yang berminat, anda mungkin boleh memuat-turunnya secara percuma daripada AppStore hari ini, dan mula memahami dengan lebih lanjut berkenaan dengan perlembagaan persekutuan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd