Cari @ Amanz

Pada awal tahun ini, pihak HTC telah memperkenalkan HTC M7 ataupun yang dikenali dengan nama akhir, HTC One, dimana merupakan peranti dengan spesifikasi tinggi daripada HTC. Ia akan mula dijual di Malaysia tidak lama lagi, dan menariknya, kini beberapa info berkenaan HTC M4 turut kedengaran.

HTC M4 dikatakan sebagai peranti dengan spesifikasi pertengahan daripada pihak HTC, dimana membawakan beberapa ciri-ciri daripada HTC One, termasuk rekabentuk kerangka yang lebih kurang sama.

Walaubagaimanapun, spesifikasi akhir peranti tersebut masih tidak diketahui buat masa ini. Daripada laporan terkini, ia dikatakan HTC M4 ini akan hadir sekitar pertengahan tahun ini, dan dijangka akan sasarkan untuk pengguna yang inginkan pelbagai ciri-ciri menarik pada harga bajet.

Seperti biasa, pihak HTC tidak mengeluarkan sebarang komen berkenaan dengannya buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd