Aplikasi Waze Dilaporkan Akan Hadir Ke Windows Phone Pada Bulan Jun

Aplikasi Waze Dilaporkan Akan Hadir Ke Windows Phone Pada Bulan Jun

Diterbitkan pada Apr 22, 2013 oleh .

Waze

Dalam pelbagai aplikasi navigasi untuk peranti mudah-alih, salah satu yang popular adalah Waze, dan mengikut laporan awal kini, ia dikatakan akan hadir untuk platform Windows Phone 8 sekitar bulan Jun 2013 kelak.

Waze buat masa ini sedia popular dikalangan pengguna iOS dan juga Android, selain baru-baru ini turut dilancarkan untuk platform BlackBerry 10.

Waze merupakan aplikasi navigasi dengan sokongan sosial, membolehkan pengguna untuk berkongsi keadaan trafik semasa bersama-sama yang lain, dan membolehkan pengguna merancang perjalanan mereka dengan lebih efektif lagi. Dengan menambah sokongan ke Windows Phone 8, ia akan memberikan lebih pilihan kepada pengguna Windows Phone, selain daripada Nokia Maps pada platform tersebut.

Pihak Waze tidak mengeluarkan sebarang komen berkenaan dengan sokongan Windows Phone buat masa ini. Apa pun, ia tidak mustahil untuk pihak Waze memperkenalkan aplikasi mereka untuk platform Windows Phone, dan terus memperluaskan penggunaan aplikasi tersebut.


TIPS & ULASAN