Versi Pembangunan Harian Ubuntu Touch Kini Berasaskan Kepada Ubuntu 13.04

Versi Pembangunan Harian Ubuntu Touch Kini Berasaskan Kepada Ubuntu 13.04

Diterbitkan pada Apr 22, 2013 oleh .

Sistem operasi Ubuntu 13.04 akan dilancarkan pada minggu ini, dan menariknya, kini daripada apa yang dilihat, versi percubaan untuk Ubuntu Touch telah sedia dibangunkan berasaskan kepada Ubuntu 13.04, sekaligus memperlihatkan pihak pembangunnya sedang cuba selarikan pembangunan desktop dan juga versi mudah-alih.

Ubuntu Touch kelak dijangka untuk dilancarkan sekitar bulan Oktober kelak, dimana akan berasaskan kepada versi Ubuntu 13.10. Semestinya, kini dalam bentuk pembangunan, mereka ingin menyelarikan pembangunan, sebelum bersedia untuk melancarkan ia sepenuhnya kelak.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, Ubuntu Touch versi pembangunan ini masih tidak mempunyai fungsi penuh, dan hanya segelintir fungsi sahaja yang boleh digunakan. Apa pun, dengan pembangunan Ubuntu yang semakin pantas dari hari ke hari, mungkin kita akan melihat perkembangan positifnya dalam masa beberapa minggu lagi.

Muat-Turun Ubuntu Touch Daily Builds


TIPS & ULASAN