Celcom Akan Menawarkan Langganan 4G LTE Bermula Esok – 23 April

Celcom Akan Menawarkan Langganan 4G LTE Bermula Esok – 23 April

Diterbitkan pada Apr 22, 2013 oleh .

Celcom 4G LTEKini nampaknya pihak Celcom telah pun mengemaskini halaman 4G LTE mereka dengan memperlihatkan yang mana mereka akan menawarkan pelan khas untuk rangkaian 4G LTE bermula 23 April 2013 ini. Menariknya, kawasan yang diliputi oleh Celcom kelihatan lebih luas berbanding Maxis yang telah melancarkan perkhidmatan mereka pada awal tahun ini..

Daripada apa yang diperlihatkan oleh Celcom, seramai 1000 pelanggan pertama boleh melanggan dan mendapatkan langganan percuma selama 3 bulan dan juga modem 4G LTE pada harga RM199. Celcom juga menyediakan pelan Celcom First Data Pro pada harga langganan bulanan RM138 yang menawarkan kelajuan sehingga 50Mbps dan juga penggunaan data sehingga 10GB.

Celcom 4G LTE

Bagi mereka yang berminat, Celcom menyediakan sebuah halaman khas untuk pengguna menyemak kawasan liputan rangkaian 4G LTE mereka. Ia kelihatan Celcom meliputi beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Melaka, Perak dan juga Pulau Pinang.


TIPS & ULASAN