Carian
Dell Vostro 5460 Ditawarkan Di Malaysia Dalam Variasi Ubuntu Dan Windows 8
April 22, 2013 Aman

Hari ini, pihak Dell Malaysia secara rasminya telah melancarkan salah satu komputer riba terbaru mereka, iaitu Dell Vostro 5460, membawakan rekabentuk yang nipis dan ringan, sekaligus memudahkan ia membawa komputer riba ini ke mana-mana.

Dell Vostro

Dell Vostro 5460 membawakan skrin bersaiz 14-inci dengan paparan resolusi 1366×768 pixel, pilihan cip pemprosesan Intel Core i3 dan i5 dengan grafik Intel HD 4000, ruangan storan sebesar 500GB HDD (dengan 32GB SSD untuk sistem operasi Windows 8), kamera hadapan 1-megapixel, serta masa bertahan bateri sehingga 5 jam lamanya.

Untuk pasaran Malaysia, Dell Vostro 5460 ditawarkan dengan menggunakan sistem operasi Ubuntu Linux dan juga Windows 8 (dalam tetapan sebagai Ultrabook yang menyertakan bersama sokongan Intel Anti-Theft).
Vostro 5460 dengan Ubuntu Linux dijual pada harga bermula RM1549, manakala Vostro 5460 (Ultrabook) dengan tetapan Windows 8 dijual pada harga bermula RM2199.

Komen