Cari @ Amanz

Nokia - Akan DatangNokia hari ini melalui laman blog rasmi mereka, Nokia Conversations berkongi mengatakan mereka akan mengumumkan suatu produk baru pada hari Rabu minggu ini. Namun, maklumat penuh berkaitan dengan peranti tersebut masih tidak diketahui buat masa ini.

Daripada gambar yang diperlihatkan, ia menunjukkan lebih kepada peranti seperti Nokia Asha, dan bukannya telefon pintar Lumia daripada Nokia. Peranti dibawah keluarga Nokia Asha boleh dikatakan antara peranti popular keluaran Nokia yang mendapat permintaan tinggi dibeberapa buah negara membangun.

Pada awal tahun ini, mereka telah memperkenalkan dua peranti Nokia Asha, iaitu Asha 105 dan juga Asha 301. Mungkinkah kita akan melihat peranti Asha yang baru, ataupun sesuatu yang berbeza daripada Nokia? Sama-sama kita nantikan pengumumannya pada hari Rabu ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd