Adakah Windows 8.1 Akan Menyertakan Kembali Butang “Start”?

Adakah Windows 8.1 Akan Menyertakan Kembali Butang “Start”?

Diterbitkan pada Apr 22, 2013 oleh .

Beberapa fungsi baru pada Windows 8.1 ataupun Windows Blue telah pun kelihatan sebelum ini, dan menariknya salah satu fungsi yang kini turut sama dikatakan akan disertakan pada Windows 8.1 pada bahagian desktop adalah sokongan butang “Start” yang disukai ramai.

StartW8

Sebelum ini, pada Windows 8 pihak Microsoft telah membuang butang “Start” pada bahagian desktop, sekaligus menerima kritikan ramai pengguna seluruh dunia. Ia sekaligus membuatkan ramai pembangun bebas seperti Pokki dan lain-lain hadir dengan alternatif mereka tersendiri yang memberikan akses seumpamanya untuk pengguna Windows 8.

Walaubagaimanapun, setelah digunakan untuk sementara waktu, Windows 8 sedia ada telah pun selesa digunakan walaupun tanpa sokongan CharmBar, dan tidak diketahui mengenai mengapakah pihak Microsoft ingin kembali mengubah pendirian mereka.

Buat masa ini, daripada versi yang tertiris ke arena web, sokongan butang Start masih tidak kelihatan lagi. Selain sokongan butang “Start”, ia turut dikatakan Microsoft akan menyertakan sokongan untuk boot terus ke bahagian desktop, sekaligus mengelakkan mereka menggunakan bahagian skrin Start yang dioptimasikan untuk skrin sentuh.

Ia masih tidak diketahui lagi bilakah Windows 8.1 atau Windows Blue ini akan diperkenalkan kepada umum.


TIPS & ULASAN