Carian
Eric Schmidt : Pelancaran Google Glass Untuk Pengguna Hanya Sekitar 2014
April 23, 2013 Aman

Google Glass merupakan salah satu peranti yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia, dengan beberapa pembangun dijangka akan menerimanya tidak lama lagi. Namun untuk para pengguna, ia dijangka hanya akan ditawarkan sekitar tahun 2014 kelak.

Eric - Google Glass

Para pembangun terlebih dahulu akan dapat mengujinya dan memberikan maklumbalas sebelum ia dapat ditambah-baik, disamping bersedia dengan pelbagai aplikasi berguna ketika pelancarannya.

Buat masa ini, ia ditawarkan pada harga $1500 untuk para pembangun, dan mungkin versi untuk pengguna biasa kelak akan lebih murah daripadanya.

Walaubagaimanapun, sesuatu yang masih tidak pasti adalah berkenaan bilakah ia akan memasuki pasaran Malaysia, memandangkan penggunaannya yang memerlukan kebenaran daripada pelbagai pihak. Sehingga kini, pihak Google hanya mengehadkan jualan Google Glass untuk pembangun daripada Amerika Syarikat sahaja.

Komen