Cari @ Amanz

Kebanyakkan peranti pada masa kini sedia membawakan skrin yang tahan calar, dan kini melalui sebuah video, seorang pengguna memperlihatkan tahanan skrin Samsung Galaxy S4 terhadap kunci dan pisau, sekaligus memperlihatkan ketahanan skrin peranti tersebut.

Samsung Galaxy S4 menggunakan skrin berasaskan kepada Gorilla Glass 3, sekaligus membawakan ketahanan skrin tinggi. Melalui ujian yang diperlihatkan, ia menunjukkan skrin Galaxy S4 mampu bertahan dan tidak menghasilkan sebarang calar pada peranti tersebut.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, semestinya salah satu video yang dinantikan ramai adalah video ujian jatuh untuk peranti berkenaan.

Ia tidak diketahui lagi bilakah Samsung Malaysia akan melancarkan peranti berkenaan. Tetapi, Maxis, DiGi, Celcom dan juga UMobile telah pun sedia memulakan pendaftaran minat untuknya, menandakan ia akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd