Terdapat beberapa pilihan peta untuk permainan Counter-Strike daripada pembangun bebas, dan daripada apa yang dikongsikan oleh pembaca Amanz, kelihatan salah seorang pembangun tempatan sedia menawarkan sebuah peta khas untuk para pemain Counter-Strike, berasaskan kepada Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Seperti nama lokasinya, peta tersebut dinamakan sebagai de_bktbintang
, dan ditawarkan melalui Steam. Peta permainan ini dilihat dibangunkan oleh bekas pelajar MMU, Lay Tzeh Pin, dimana selain daripada peta permainan ini, beliau turut menawarkan beberapa yang lain melalui profil beliau di Steam.
Bagi pemain yang mempunyai Counter-Strike : Global Offensive, mungkin boleh menyemak halaman de_bktbintang
hari ini, dan mencubanya sendiri.
- Halaman Steam : de_bktbintang
Terima kasih Amir.