Gambar Kerangka “iPad 5” Hadir Dengan Rekabentuk Seumpama iPad Mini

Gambar Kerangka “iPad 5” Hadir Dengan Rekabentuk Seumpama iPad Mini

Diterbitkan pada Apr 23, 2013 oleh .

iPad 5?Sejak iPad Mini diperkenalkan sebelum ini, pelbagai desas-desus telah kedengaran mengatakan Apple akan menggunakan rekabentuk lebih kurang sama untuk iPad 5 kelak. Kini, sebuah gambar hadir ke arena internet, dikatakan sebagai gambar kerangka luar untuk iPad 5 yang bakal diperkenalkan oleh Apple tidak lama lagi.

Sama seperti versi sedia ada, iPad generasi baru kelak dijangka akan mengekalkan skrin bersaiz 9.7-inci, dan berkemungkinan menggunakan cip pemprosesan A7X.

Dari segi rekabentuk sendiri, ia dijangka akan membawakan rekabentuk yang lebih nipis dan ringan berbanding tablet Apple sedia ada. Ia turut dikatakan Apple akan menggunakan skrin IGZO pada iPad generasi baru ini.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bilakah iPad 5 ini akan diperkenalkan kepada umum.


TIPS & ULASAN