Bagi pengguna yang mengikuti perkembangan Facebook Messenger, mungkin sedia ketahui akan berkenaan sokongan stickers yang telah diperkenalkan untuk pengguna iOS. Untuk pengguna Android, ia masih belum diumumkan secara rasmi, tetapi tidak menghentikan pengguna daripada menggunakannya.
Memandangkan ia masih belum diperkenalkan secara rasmi, maka pengguna perlu menggunakan cara yang agak berbeza untuk menggunakannya buat masa ini.
Seperti biasa, terlebih dahulu anda perlukan aplikasi Facebook Messenger terpasang pada peranti Android anda. Kemudiannya, untuk menggunakannya, anda perlu aktifkan permesejan melalui Chat Head. Untuk menggunakannya, tekan sesuatu mesej untuk suatu ketika, dan melalui menu yang dipaparkan, pilih “Pop-Out Chat Head”.
Sebaik sahaja pilihan tersebut dibuat, permesejan untuk pengguna yang dipilih anda itu akan dibuka melalui paparan Chat Head. Melaluinya, kini anda boleh menggunakan sokongan stickers, dimana anda hanya perlu menekan pada sebuah butang tersembunyi bersebelahan dengan butang “+”.
Sebaik sahaja anda menekan bahagian tersebut, sebuah menu khas akan hadir dan memaparkan pelbagai pilihan stickers untuk digunakan pada Facebook Messenger.
Ia tidak diketahui bilakah sokongan menambah sticker ini akan diperkenalkan pada Facebook Messenger untuk Android. Sementara itu, mungkin pengguna Android boleh menggunakannya, dan menggunakannya dalam menghantar sticker kepada pengguna iOS mahupun web.