Monotony Membolehkan Anda Mengikuti Kemaskini RSS Daripada Notification Center (OS X)

Monotony Membolehkan Anda Mengikuti Kemaskini RSS Daripada Notification Center (OS X)

Diterbitkan pada Apr 23, 2013 oleh .

Sejak pengumuman Google untuk mematikan perkhidmatan Google Reader, topik berkenaan dengan RSS kembali mendapat perhatian ramai. Selain beberapa aplikasi seperti Feedly dan sebagainya, sekiranya anda merupakan pengguna Mac OS X, mungkin boleh mencuba salah satu aplikasi ringkas, dinamakan sebagai Monotony.

Monotony

Monotony menggunakan sokongan notifikasi desktop terbina pada OS X, dan memaparkan pelbagai kemaskini semasa daripada langganan feed yang diteapkan para pengguna.

Tiada banyak tetapan yang dibawakan oleh Monotony. Pengguna hanya perlu menambah RSS kegemaran mereka pada aplikasi berkenaan, dan ia akan menyemak kemaskini semasa setiap minit, dan memaparkannya sekiranya terdapat sebarang kemaskini.

Apa pun, sekiranya anda ingin mengikuti pelbagai kemaskini terus daripada bahagian desktop di Mac OS X, mungkin boleh mencuba aplikasi percuma, Monotony ini, dan menggunakannya pada komputer anda.

Muat-Turun Monotony untuk Mac OS X


TIPS & ULASAN