Samsung Galaxy S4 Berharga RM2199 Di Malaysia – DiGi Mengambil Pra-Tempahan

Samsung Galaxy S4 Berharga RM2199 Di Malaysia – DiGi Mengambil Pra-Tempahan

Diterbitkan pada Apr 23, 2013 oleh .

Bagi ramai peminat peranti Android, terutamanya daripada Samsung, mungkin anda menantikan Samsung Galaxy S4 untuk mula dijual di Malaysia. Menariknya, pihak DiGi telah pun mula mengambil pra-tempahan untuk peranti berkenaan dengan harga bermula serendah RM1199.

DiGi Galaxy S4

Daripada pelan dan pakej DiGi, mereka menyediakan sebanyak tiga pilihan pelan, iaitu pada langganan bulanan RM58, RM88 dan juga RM148, dimana pada setiap langganan tersebut, harga peranti yang ditawarkan adalah berbeza-beza mengikut tempoh kontrak yang dipilih.

Selain daripada DiGi, pihak Maxis, Celcom dan juga UMobile turut sama akan menawarkan peranti berkenaan, tetapi pakej untuknya masih tidak diketahui buat masa ini.

DiGi turut mensasarkan untuk memulakan penghantaran peranti Galaxy S4 bagi yang pra-tempah ini pada penghujung bulan April ini.


TIPS & ULASAN