Cari @ Amanz

MOL Membeli Pegangan Pada Syarikat Vietnam – NganLuong

Oleh Aman

Link Copied!

MOL - NganLuongSebelum ini, kami pernah berkongsi akan mengenai pihak MOL yang dalam perancangan untuk membuat pelaburan strategik dan memperluaskan kedudukan mereka di Vietnam. Hari ini, pihak MOL sendiri akhirnya mengumumkan fokus mereka kepada pasaran tersebut, dengan membeli sebanyak 50% pegangan pada NganLuong di Vietnam.

NganLuong merupakan salah satu syarikat yang menawarkan pembayaran atas-talian di Vietnam. Dengan pasaran Vietnam yang dilihat sedang meningkat naik dalam arena internet dan penggunaan peranti mudah-alih, MOL mengambil langkah untuk mengukuhkan kedudukan mereka di Vietnam, sekaligus mempunyai kedudukan yang kuat di semua negara utama di Asia Tenggara.

NganLuong telah dimulakan pada tahun 2009 dan merupakan satu daripada platform pembayaran atas-talian terbesar di Vietnam, dengan lebih 10,000 penjual menggunakannya.


Komen ()