Walk Me Up Untuk Android Minta Anda Berjalan Untuk Mematikan Penggera

Walk Me Up Untuk Android Minta Anda Berjalan Untuk Mematikan Penggera

Diterbitkan pada Apr 23, 2013 oleh .

Terdapat pelbagai pilihan aplikasi berbentuk alarm pada Google Play Store, dan terkini hadirnya salah satu aplikasi yang menarik, dinamakan sebagai Walk Me Up Alarm Clock. Seperti pada namanya, ia meminta pengguna untuk berjalan sebelum dapat mematikan bunyi penggera aplikasi berkenaan.

Walk Me Up Alarm Clock

Salah satu masalah biasa yang sering dihadapi oleh mereka yang sukar bangun pagi adalah dimana mereka selalu tertekan butang snooze ataupun mematikan alarm tanpa mereka sedari.

Aplikasi ini cuba mengatasinya, dimana pengguna turut sama boleh membuat pilihan untuk mematikan sokongan snooze, sekaligus memerlukan pengguna untuk berjalan beberapa tapak sebelum bunyi dimatikan.

Walaubagaimanapun, daripada ujian kami, kadangkala aplikasi ini gagal untuk merakamkan pergerakkan kita, dan kadang-kala ia dapat diatasi dengan hanya mengoncangkan peranti.

Apa pun, bagi mereka yang inginkan suatu aplikasi alarm yang unik dan menarik, mungkin boleh mencubanya hari ini.

Muat-Turun Walk Me Up untuk Android


TIPS & ULASAN