Cari @ Amanz

Surface RT akan dilancarkan di Malaysia pada hari Khamis ini, 25 April 2013, dan semestinya ramai yang menantikan bilakah Surface Pro akan tiba ke Malaysia. Hari ini, pihak Microsoft berkongsi akan maklumat berkaitan dengannya, mengatakan ia akan hadir ke Malaysia sebelum penghujung Jun 2013 ini.

Surface

Surface Pro membawakan penggunaan sistem operasi Windows 8 sepenuhnya, dimana pengguna boleh menjalankan pelbagai aplikasi Windows sedia ada dan menggunakan fungsi desktop sepenuhnya.

Dengan pengumuman Microsoft berkaitan dengan Surface Pro ini, semestinya ia menjadikan ramai berkira-kira untuk mendapatkan Surface RT yang akan dilancarkan pada hari Khamis kelak.

Apa pun, bagi anda, adakah anda akan menunggu Surface Pro, ataupun akan mendapatkan Surface RT?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd