Cari @ Amanz

Dengan arena teknologi yang semakin berkembang pesat, kini nampaknya HP turut sama memberikan nafas baru untuk keluarga kalkulator, melalui kalkulator graf mereka yang terbaru, dinamakan sebagai HP Prime.

HP Prime

HP Prime membawakan skrin sentuh bersaiz 3.5-inci dengan sokongan pelbagai fungsi-fungsi untuk tujuan pengiraan dan melakar graf melaluinya. Ia turut disertakan dengan beberapa aplikasi untuk melakar graf, memudahkan pelajar untuk menyelesaikan sesuatu persamaan matematik, dan memaparkan lakaran graf melaluinya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah HP Prime ini akan memasuki pasaran tempatan dan berapakah harga jualannya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd